BISMILLAH, HAII ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Alhamdulillah, waaaaa tak sangka saya boleh buat penulisan yang kedua. Gembira dapat menulis ni sebenarnya, haa nak tahu sebab dia?? haahahah sebabnya ialah dapat juga saya tengok diri saya ni menulis blog..share ilmu yang saya ada kepada pembaca yang lain walaupun saya nii belum cukup ilmu dan hanya pelajar. Tak salah kita nak kongsi ilmu dekat orang lain sebab ilmukan luas, jangan sombong dengan ilmu nanti bila-bila masa boleh hilang😭😞
ehh ehh apa pula sedih-sedih nii ahhahaah...introkan😆 saja nak selit-selit nasihat mana tahu dengan nasihat sikit-sikit ni boleh bantu saya jadi orang lebih baik untuk masa akan datang kann kann eheheh. Baiklah, daripada membebel panjang-panjang lebih baik saya masuk topik saya... haaa apatuu apatuuu..TAJUK SAYA IALAH!!!!!!
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU MURID KELAS PENGGAYAAN
okey, kalau awak semua ada baca penulisan saya yang pertama saya ada kongsi sikit konsep murid pelbagai upaya dengan subtopik khas yang saya pilih iaitu ciri-ciri murid kelas penggayaan, dekat penulisan saya yang pertama tuu panjang lebar juga saya terangkan hahaahha saya harap awak semua tak bosanlah baca, kalau BOSAN sedih saya.
Alamak main-main pulak saya, baik jom masuk dalam topik kita iaitu langkah-langkah membantu murid kelas penggayaan. Sebenarnya langkah-langkah nak membantu pelajar ni sangat banyak tetapi apa langkah paling terbaik yang boleh kita lakukan. Dalam tajuk penggayaan ini terdapat dua kaedah yang besar dan terbaik yang boleh dilakukan untuk membantu pelajar ini. Langkah tersebut ialah,
1. Kaedah pengajaran jenis MENDATAR
Baik apa sebenarnya kaedah mendatar ini. Untuk makluman semua langkah pengajaran jenis mendatar adalah aktiviti pengajaran yang dilakukan berdasarkan kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Langkah ini dilakukan berdasarkan taraf pencapaian murid, pendidik atau ibubapa akan merancang aktiviti yang sesuai dengan kebolehan murid atau anak yang akan terlibat malah kadar kesukaran aktiviti pengayaan juga berlainan di antara kumpulan. Oleh itu, setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan dalam kemahiran yang sama. Di samping, murid di dalam kumpulan yang lambat akan diberikan kepada kumpulan sederhana dan cerdas.
Pengayaan mendatar merupakan aktiviti berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas.
langkah mendatar ini juga bertujuan untuk membantu pelajar mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti.
Sebagai contoh;
"aktiviti pembacaan, pendidik akan menggunakan bahan bantu mengajar seperti kad imbasan, buku cerita, majalah pendidikan dan lain-lain. Melalui aktiviti pembacaan pendidik akan membantu pelajar menggunakan kad imbasan huruf dan gambar untuk mengajar, malah dengan inisiatif meletakkan pelajar lemah bersama pelajar sederhana dan cerdas lebih membantu mereka untuk memahami sesuatu yang baru."
2. Kaedah pengajaran jenis Menegak
Untuk kaedah ini ianya lebih tertumpu pada murid di tahap yang cerdas, hal ini kerana kaedah ini menggunakan teknik yang lebih sukar dan setiap aktivitinya berdasarkan minat dan bakat murid dalam peringkat cerdas. Kadar kesukaran bagi aktiviti pengayaan menegak antara kumpulan adalah sama. Jenis pengayaan menegak ini merupakan aktiviti yang akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, hal ini akan mewujudkan kepuasan, mencungkil bakat dan komitmen sesama mereka serta merupakan pengukuhan dan pemulihan bagi murid yang terlibat.
pengayaan menegak adalah kumpulan cerdas yang menjalankan aktiviti lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana dan lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan.
Antara alat yang digunakan untuk langkah menegak ini ialah, kertas projek, permainan dan lain-lain. Malah aktiviti rekreasi juga dijalankan dalam kaedah ini.
Sebagai contoh;
"Melakukan aktiviti dalam bidang mengira terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan. untuk langkah mendatar pelajar akan bermain dam ular, domino, teka-teki, cantuman nombor dengan bilangan benda dan aktiviti jualan dilangsungkan. Tetapi lain pula untuk penggayaan menegak. Kaedah yang digunakan adalah melalui projek melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri bagi membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar dan graf melintang. Selain itu, aktiviti ini juga boleh dilakukan dalam pertandingan seperti kuiz matematik, uji kaji dan petak ajaib. Sebagai contoh, mencari rumus matematik melalui inkuiri dan penemuan."
Tahap kesukarannya lebih berbanding langkah mendatar.
HAAA!!!! macam mana?? okey tak penerangan langkah-langkah yang boleh kita bantu murid penggayaan ni?? harap membantu😊banyak lagi sebenarnya, tapi ini antara yang penting dan sering dilakukan. Untuk pengetahuan semua langkah yang saya nyatakan dekat atas tadi bukan sahaja boleh dilakukan dalam pendidikan formal hanya di sekolah sahaja, malah pendidikan tidak formal juga, ibubapa boleh ambil inisitif ini untuk mendidik anak-anak sekiranya anak-anak berada dalam tahap-tahap yang tertentu. Pasti seronok pembelajaran di rumah dan di sekolah. Tambahan pula untu pengetahuan awak semua langkah yang saya nyatakan ini lebih kepada pembelajaran kendiri, tidak terikat pada guru, pelajar diberikan kelonggaran, kebebasan semasa melakukan aktiviti. Hal ini akan mengakibatkan pelajar belajar berdikari sekianya ada masalah yang berlaku, kognitif pelajar akan menjadi lebih baik, pemikiran mereka akan lebih kreatif dan lain-lain....seronokkan macamtu, seronok dapat tengok generaso-generasi membesar dengan baik, positif dan menjadi golongan yang lebih berkualiti.
Sebagai penutup, setiap langkah-langkah yang dinyatakan hendaklah dilakukan dengan sebaiknya dan perlukan usaha yang banyak, tidak ada jalan pintas untuk berjaya, jika mahu membantu pelajar menjadi lebih baik usaha pendidik juga memainkan peranan, dengan usaha yang kita berikan pasti akan memberikan impak besar terhadap pelajar dan orsng sekeliling.
okeylahh..dah sampai penutup tu tandanya penulisan saya akan berakhir, saya harap setiap penyampaian saya dalam penulisan ini akan memberikan manfaat kepada pembaca.
Terima kasih..bye!!! Assalammualaikum
RUJUKAN
PENULISAN 1 DAN 2
ASYIKIN. (2018, DEC
2018). BAB 12 PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA . Retrieved from https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-12-pengurusan-pelbagai-upaya
BAB 11 : PENGURUSAN
MURID PELBAGAI UPAYA. (2019, MAY 6). Retrieved from http://elhaurawareesha.blogspot.com/2019/05/bab-11-pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html?m=1
EZAT, C. (n.d.). Pengurusan
murid pelbagai upaya. Retrieved from http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html
SYAZANA, I. (2020,
JULAI 15). PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA. Retrieved from http://anyflip.com/kqhhc/ffih/basic
Comments
Post a Comment