BISMILLAH, HAI SEMUA ASSLAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA!!

wah, haha baru saya perasan besar betul tulisan sapaan saya tu, yelah nak bagi pembaca semangatkan nak baca 😆. Baiklah untuk pengetahuan semua ini merupakan penulisan pertama untuk blog saya dan saya bedebar jugak nak tulis ni, takut awak yang membaca ni bosan dengan penulisan saya😔tapi belum cuba belum tau kan hehe.

Okey jom saya kenalkan diri saya, nama saya Nur Natasya binti Mohd Miza dan saya merupakan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) haa tahu ke tu?? hahah, saya juga sambung pengajaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).

Seterusnya, kalau semua nak tahu tujuan saya tulis blog ni adalah nak cerita dekat awak semua mengenai pelajar pelbagai upaya dan topik khasnya ciri-ciri murid kelas penggayaan....haa mesti semua tertanya-tanyakan apa pelajar pelbagai upaya tu, apa cii-ciri dia😲haa meh sini saya bagitahu Pelajar Pelbagai Upaya ni apa hehe..

COMELKAN!!💗

MURID PELBAGAI UPAYA

pertama sekali murid pelbagai upaya ialah kanak-kanak istimewa, yang terdiri daripada kanak-kanak slow learner, autism, syndrom dan lain-lain kanak-kanak ini bukanlah seperti kanak-kanak normal yang lain, tetapi walaupun mereka begini kelebihan mereka banyak tau😳kadang-kadang lebih hebat daripada kita yang biasa ni. Walaupun pelajar seperti ini kurang dalam pembelajaran bukan bermakna mereka tidak layak untuk belajar oleh itu, satu sistem Pengurusan Murid Pelbagai Upaya telah diadakan. "Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental." 

haaa dah faham sikit-sikit tentang murid pelbagai upaya? kalau dah faham jom saya terangkan pula topik khas saya iaitu;

CIRI-CIRI MURID KELAS PENGGAYAAN.

-Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya”  membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha, proses, pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa kata.-

Pengayaan merupakan aktiviti tambahan dalam mendidik murid istimewa ini tetapi lebih menarik dan mencabar sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Lazimnya aktiviti-aktiviti pengayaan ini dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas. Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan disebabkan oleh murid mempunyai pelbagai kebolehan dan tidak diasingkan.

okeyy dekat sini saya bagitahu ciri-ciri murid-murid kelas pengayaan

a. Cerdas
untuk pelajar yang cerdas ni, mereka dah mahir dalam banyak bidang sama ada bidang akademik, sukan dan kemahiran. Pelajar istimewa kelas cerdas ini lebih cenderung untuk melakukan pembelajaran secara gerakan, bermain dan mudah bosan dengan didikan secara normal. 

b. Sederhana
untuk murid sedrhana pula ianya sama sahaja seperti murid cerdas tetapi ada kekurangn mungkin dalam bidang akedemik, sukan atau kemahiran. Sebagai contoh, "Aiman bijak dalam mengira tetapi kurang dalam membaca atau bersukan". Murid ciri-ciri sederhana ini juga boleh masuk dalam kaedah pembelajara seperti berseronok dan mereka juga mudah bosan apabila belajar seperti biasa. 

c. Lemah
Bagi murid yang bercirikan lemah ini, mereka kurang dalam bidang akademik tetapi mahir dalam kemahiran kerana majoriti murid pelbagai upaya ini mahir dalam kemahiran seperti menjahit, melukis dan lain-lain. Oleh itu pelajar yang lemah ini akan lebih ditekankan pada kaedah pemerhatian dan pembelajaran biasa.


Sebagai penutup, saya harap awak semua boleh faham apa yang saya terangkan dan semoga penyampaian saya ini membawa manfaat pada semua orang..Aamiin.

SEKEJAPP!!!...hehe sikit lagi..okey pasti semua tertanya-tanya jugakan...ada tak langkah nak uruskan murid kelas penggayaan?? hmmmm....ehh mestilah ada. Kalau awak semua nak tahu nanti boleh ikuti penulisan saya yang kedua mengenai langkah-langkah untuk membantu murid kelas penggayaan, jangan lupa okey!!

Terima Kasih, bye!! assalammualaikum👋👋 


      


Comments